Khamis, 11 Ogos 2011

perbezaan Realtek RTL8187 atau Rainlik 3070

Kini saya kembali lagi dengan Booster terbaru dan satu-satunya di dalam pasaran Malaysia. Jadi tidak ada sebab untuk sahabat di luar sana untuk tidak memiliki sesuatu yang bernilai dengan pelaburan hanya sekali sahaja.

PERTAMA, Sejauh mana jarak Booster itu detect, bergantung kepada keadaan kawasan tempat dimana kita tinggal. Sekiranya terlalu banyak halangan seperti dinding, bangunan atau sebagainya maka jarak Booster tersebut akan menjadi lebih terhad. Jika tidak banyak halangan ia boleh mencapai sehingga 1-2km. Sebab itu digalakkan Booster itu di letakan di tepi tingkap dan halakan ke tempat yang mempunyai  Wifi.

KEDUA, kelajuan signal bergantung kepada GB Wifi yang kita connect. Semakin tinggi GB yang para pelangan Wifi yang kita langgan, makin stabil dan lajulah internet kita akan layari. Sebagai Contoh: KFC melanggan Wifi 1GB, 1GB itulah speed@kelajuan Wifi tersebut, jika terlalu ramai yang connect Wifi KFC tersebut maka speed Wifi tersebut akan menjadi berkurangan. Anda selalu mengalami masalah tersebut, iaitu connection atau Signal banyak tetapi ketika kita melayari internet ia menjadi perlahan ataupun limited. walau bagaimanapun Wifi adapter masih memainkan peranan untuk jaringan Wifi kita menjadi pantas.


KETIGA: Kestabilan dan keutuhan Signal Wifi. Kestabilan dan keutuhan signal banyak bergantung kepada kualiti Wifi Adapter, kerana semakin baik kualiti Adapter tersebut semakin baik jaringan Wifi yang kita connect. Contoh: Connection Wifi kita hanya 1 atau 2 bar, sudah tentu jaringan Wifi kita tidak stabil dan tidak laju. Signal akan menjadi sekejap connected sekejap putus, ia juga akan membuatkan jaringan wireless perlahan ketika kita melayari internet. Jika signal atau bar Wifi kita penuh atau banyak, sudah pasti signal tidak akan putus dan kelajuan internet yang kita layari tidak akan tersekat. Jadi Jenama, kualiti dan pembuatan Adapter tersebut banyak memainkan peranan tentang 3 perkara di atas.


chipset RealTek 8187L atau chipset Ralink 3070 tiada kena mengena dengan 3 perkara di atas. Ia adalah sekadar driver Booster tersebut atau Software.